Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

31 Aug 2022 • 5:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel, petrol RON 95 dan RON97 tidak berubah sehingga 7 Sept ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, harga siling bagi RON95, RON 97 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter, RM4.30 seliter dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar produk meningkat melebihi harga siling semasa.

Menurutnya harga baharu itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.-Bernama