Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 10 sen

LocalBusiness & Finance
16 Apr 2025 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing ditetapkan pada RM3.18 seliter dan RM2.88 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 April ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 10 sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.18 seliter dan RM2.88 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 April ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

MOF berkata kerajaan juga akan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved