Harga RON97 naik 11 sen

15 Jun 2022 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Harga runcit RON97 meningkat selama dua minggu berturut-turut selepas ia naik sebanyak 11 sen seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jun.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi kenyataannya memaklumkan, harga baharu RON97 berkuat kuasa Khamis adalah RM4.83 sen seliter.

"Harga runcit bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Kerajaan katanya, mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.