Harga RON97, RON95 & Diesel Naik Mulai Esok - MOF

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 8:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 & Diesel Naik Mulai Esok - MOF

Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Naik Mulai Esok - MOF

Harga RON97 dan RON95 naik sebanyak 20 sen manakala diesel sebanyak 35 sen bermula 23 Julai hingga 29 Julai depan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan memaklumkan harga RON97 naik daripada RM4.00 seliter kepada RM4.20 seliter, RON95 ( daripada RM3.42 kepada RM3.62 seliter) dan diesel ( daripada RM4.07 kepada RM4.42 seliter).

Menurut MOF, harga produk petroleum tanpa subsidi itu dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu.

"Harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 16% sepanjang minggu lalu apabila konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak selepas berakhirnya tempoh gencatan senjata.

"Sekatan terhadap perkapalan serta pengurangan aliran kapal melalui Selat Hormuz telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan petroleum global.

"Kenaikan harga minyak mentah turut didorong oleh paras inventori global yang semakin ketat serta ancaman gangguan terhadap penghantaran minyak dari Arab Saudi," katanya.

Baca juga:

Dalam pada itu, pasaran petroleum global dijangka kekal tidak menentu selagi penyelesaian konflik belum dimuktamadkan.

Meskipun usaha untuk menghidupkan semula rundingan dan cadangan gencatan senjata telah mengehadkan sebahagian kenaikan harga, perkembangan tersebut masih belum meredakan kebimbangan pasaran terhadap risiko gangguan bekalan.

Image from: Harga RON97, RON95 & Diesel Naik Mulai Esok - MOF
Kredit: MOF

"Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

"Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi," katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved