Harga RON97, RON95 & Diesel Turun, Ini Kadar Baharu Minggu Ini

LocalBusiness & Finance
22 Apr 2026 • 9:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 & Diesel Turun, Ini Kadar Baharu Minggu Ini

Harga RON97, RON95 & Diesel Turun, Ini Kadar Baharu Minggu Ini

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan harga baharu produk petrol dan diesel di Malaysia berkuat kuasa bagi tempoh 23 April hingga 29 April 2026.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kementerian berkenaan, MOF berkata harga runcit RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter, iaitu turun 25 sen berbanding RM5.10 seliter pada minggu sebelumnya.

Harga RON95 tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM3.87 seliter, iaitu turun 15 sen berbanding RM4.02 seliter sebelum ini.

Manakala, harga diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM5.12 seliter, iaitu turun 85 sen berbanding RM5.97 seliter pada minggu terdahulu.

Menurut MOF, kerajaan masih mengekalkan harga bahan api bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti berikut:

  1. RON95 (BUDI MADANI) - RM1.99 seliter

  2. Petrol Bersubsidi (SKPS) - RM2.05 seliter

  • Diesel (Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) - RM2.15 seliter

  • Diesel Bersubsidi (SKDS) - RM2.15 seliter

  • Image from: Harga RON97, RON95 & Diesel Turun, Ini Kadar Baharu Minggu Ini