Harga RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal

3 Aug 2022 • 7:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Harga runcit bagi RON97 turun lima sen daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol ROM95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.

Menurut kementerian harga baharu itu berdasarkan kepada harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisma Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-BERNAMA

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved