Harga RON97 turun, RON95, diesel kekal

14 Sep 2022 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harga runcit RON97 mengalami penurunan sebanyak lima sen seliter bagi tempoh Khamis sehingga 21 September depan. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Harga runcit RON97 mengalami penurunan sebanyak lima sen seliter bagi tempoh Khamis sehingga 21 September depan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataannya pada Rabu memaklumkan, harga baharu runcit bagi produk adalah RM4.15 berbanding sebelum ini, RM4.20.

"Harga runcit bagi RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan pada paras RM2.05 dan RM2.15 setiap liter," kata kementerian itu.

MOF berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu dibuat menggunakan formula mekanisma harga automatik.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," katanya.