Harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal

2 Feb 2023 • 6:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 2 FEB: Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Februari hingga 7 Mac ini, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90, yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2023.

“Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

“Bagaimanapun, berdasarkan rundingan yang diadakan sebelum ini, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sabit kesalahan bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved