Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

CarsSales & Promo
18 Jun 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

image is not available

Menerusi promosi hebat ini, anda kini boleh memiliki MG5 serendah RM86,900 dimana harga asalnya adalah RM93,900. Jadi berdasarkan perkiraan, anda kini boleh jimat sebanyak RM7,000 jika sudah membuat keputusan untuk membeli MG5.

Sedikit info mengenai MG5, model ini disumbat dengan enjin 1.5 liter yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 114 hp dan tork 150Nm.

Dari segi prestasi, MG5 dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11.5 saat, manakala purata penggunaan minyaknya pula didakwa 17.5 KM/liter (5.7 liter/100 KM). Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan kabin yang cukup moden dan luas selain menawarkan pelbagai ciri canggih.

image is not available

Sementara itu, bagi rakyat Malaysia yang sedang mempertimbangkan peralihan kekenderaan elektrik, MG4 yang memenangi pelbagai anugerah kekal sebagai pilihan utama.

image is not availableimage is not available

Menerusi kempen “Pandu Dulu, Bayar Kemudian”, MG menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses berbanding sebelum ini dengan tawaran sehingga 12 bulan ansuran percuma untuk MG4 Lux dan sehingga 8 bulan untuk MG4 Standard.

Untuk makluman, MG4 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard dengan harga atas jalan bermula RM103,999 tanpa insurans, Lux berharga RM128,999, RM148,999 untuk Lux Extended dan model spesifikasi padu XPower pula berharga RM158,999.

image is not available

Inisiatif ini memberi permulaan yang lebih mudah untuk perjalanan elektrik anda, dengan peralihan yang lancar serta ketenangan minda. Tertakluk kepada terma dan syarat.

image is not availableimage is not available

Jika anda berminat untuk memandu uji kedua-dua model hot ini, anda boleh mengunjungi bilik pameran sah di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mgmalaysia.com/find-a-dealer.

View Original Article