Harga serendah RM5, ini 6 jenama makanan terkemuka tawarkan menu ringkas dan sedap untuk pilihan iftar

Food
22 Mar 2023 • 10:23 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
RAHMAH MENU MURAH

SATU berita baik buat rakyat Malaysia apabila ramai pengusaha makanan terkemuka mengambil pendekatan memperkenalkan Menu Rahmah.

Harga yang ditawarkan bermula RM5 memang berbaloi jika dibandingkan dengan harga asal dan porsi juga tak jauh beza.

Menariknya, bukan setakat kedai mamak jer, sudah banyak premis makanan segera yang menawarkan pakej jimat lagi menguntungkan.

Meskipun hanya diperkenalkan oleh beberapa cawangan terpilih saja, tapi sudah memadai buat mereka yang teringin nak makan di sana.

image is not available

Antara jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam Menu Rahmah, antaranya Old Town White Coffee, A&W, McDonald’s, The Manhatan Fish Market, Burger King dan Domino’s Pizza.

Bukan calang-calang label yang menawarkan harga serendah RM5, malah boleh menjadi pilihan bajet untuk juadah buka puasa.

Nak sahur dengan set murah tersebut pun boleh, asalkan perut kalian ‘tahan’ tanpa makan nasi.

Berikut informasi menarik:

image is not available

1. Old Town White Coffee
Alamat: Semua cawangan di seluruh negara
Waktu operasi: 8 pagi hingga 11 malam (restoran) dan 10 pagi hingga 8 malam (shopping mall)
Set makanan: Nasi Lemak Rahmah
Facebook: OLDTOWN White Coffee Malaysia
Instagram: @OldTownWhiteCoffeeMalaysia

image is not available

2. A & W
Alamat: Semua cawangan seluruh negara
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Set makanan: Rooty Rahmah
Facebook: A&W Malaysia
Instagram: @anwmalaysia

image is not available

3. McDonald’s
Alamat: Semua cawangan seluruh negara
Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 malam
Set: Bubur Ayam & Teh Ais Limau, McEgg & Teh Ais Limau dan Burger Ayam & Teh Ais Limau
Facebook: McDonald’s
Instagram: @My.McDonalds

image is not available

4. The Manhattan Fish Market
Alamat: Cawangan AEON IPOH Station 18 Shopping Mall
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Set makanan: Fried Dory Nuggets Garlic Herb Rice, Fried Chicken Nuggets Garlic Herb Rice, Fried Dory Nuggets Olio Spaghetti dan Fried Chicken Nuggets Olio Spaghetti
Facebook: The Manhattan FISH MARKET
Instagram: @mfmmy

image is not available

5. Burger King
Alamat: Semua cawangan di seluruh negara
Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
Set makanan: Cheesy Beef & Drinking Water dan BK Chick’N Crisp & Drinking Water
Facebook: Burger King Malaysia
Instagram: @bkmalaysia

image is not available

6. Domino’s Pizza
Alamat: Semua cawangan di seluruh negara
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 11 malam
Set makanan: Personal Pizza
Facebook: Domino’s Pizza Malaysia
Instagram: @DominosMY
Istimewa Selasa hanya RM3.90!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah murah dan sedap di tempat yang disenaraikan di atas.

Sekali-sekala, tak salah kalau nak buka puasa dengan makanan fast food. Lagi senang dan mudah, kan?

image is not available

Budak-budak pun semangat nak puasa jika dijanjikan dengan menu piza. Nak jimat, beli pada hari tertentu sebab mereka ada promosi harga menarik.

Jadi, jangan lupa berpuasa ya bermula Khamis ini, insya-ALLAH jika nampak anak bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi