Harga siling ayam RM9.40 sekilogram mulai 1 Julai

29 Jun 2022 • 5:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 JUN: Kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa Jumaat ini.

Menurut menteri pertanian, harga siling telur ayam pula ditetapkan pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuat kuasa 1 Julai 2022,” kata Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan itu diselaraskan dengan bantuan khas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, yang bakal memanfaatkan 8.6 juta isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Jelasnya, isu kenaikan harga barang tidak berlaku dalam negara sahaja, sebaliknya merupakan fenomena global berikutan gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

Pada 24 Jun lalu, perdana menteri mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan selain memutuskan untuk mengekalkan kadar tarif elektrik dan air.

Sebelum itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada lagi subsidi diberikan kepada penternak ayam bermula 1 Julai bagi mengurangkan bebanan kenaikan harga barangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved