Valve mengumumkan harga jualan baharu untuk konsol Steam Deck OLED kereta berlakunya peningkatan kos komponen dan logistik global. Ini adalah cara lebih berlapik mengatakan krisis kurangnya bekalan RAM dan memori menyebabkan harga dua komponen ini mencanak naik disebabkan permintaan tinggi pusat data.

Harga jualan baharu Steam Deck OLED adalah seperti di bawah. Valve turut mengatakan mereka menyatakan akan memaklumkan pengguna jika terdapat perubahan lagi pada masa hadapan. Dengan bekalan memori yang dijangka stabil menjelang dua tahun lalu, peningkatan harga pastinya akan dilakukan lagi antara sekarang hingga 2028.
| Model Steam Deck OLED | Harga Lama | Harga Baharu | Beza Harga |
|---|---|---|---|
| 512GB | $549 (~RM2,415) | $789 (~RM3,471) | $240 (~RM952) |
| 1TB | $649 (~RM2,855) | $949 (~RM4,175) | $300 (~RM1191) |
Valve sekadar mengikut perkembangan pasaran dengan harga konsol PlayStation 5, Switch 2 dan Legion Go 2 juga telah dinaikkan oleh pengeluar atas sebab yang sama. Selain menyebabkan peningkatan harga melampau, kekurangan stok memori juga menyebabkan pengenalan konsol baharu PlayStation 6 dan Steam Deck 2 ditangguhkan seketika.

