Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala FA Tahun Ini Kekal Seperti Tahun Lepas – MFL

25 Aug 2022 • 4:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala FA Tahun Ini Kekal Seperti Tahun Lepas – MFL

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September nanti.

Menerusi kenyataan di laman web mereka, senarai harga tiket pada tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun lepas.

Bagi kategori General Admission, ia berharga RM50 dan RM70 manakala Premium Granstand pula berharga RM150 dan satu kategori baharu iaitu VIP Grandstand ditetapkan pada harga RM200.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata VIP Grandstand itu diperkenalkan bagi memberi lebih pilihan kepada semua penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan itu nanti.

Dengan 78,000 tiket yang akan dijual nanti, MFL menyerahkan urusan jualan tiket tersebut kepada setiap kelab.

“Ia bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil.

“Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.