Hargai kemerdekaan Sabah 31 Ogos: Yusof

LocalPolitics
27 Aug 2023 • 12:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Hari Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos harus diperingati sama seperti Hari Sarawak, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohd Yusof Apdal.

Beliau berkata terdapat banyak kekeliruan berhubung Hari Kemerdekaan Sabah, yang jatuh pada tarikh yang sama dengan Hari Kemerdekaan negara, tetapi pada tahun berbeza (1963).

Ahli Parlimen Lahad Datu itu berkata semua sambutan, termasuk kedua-dua Hari Sabah dan Hari Malaysia perlu disambut bagi menghargai kemerdekaan yang dinikmati rakyat sekarang.