Hari Guru: 115 pendidik diberi penghormatan baca khutbah Jumaat di Perak esok

15 May 2025 • 2:05 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk "Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan" bagi tujuan berkenaan. - Gambar hiasan: Bernama

Sempena sambutan Hari Guru, seramai 115 pendidik diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh Perak, esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenankan penglibatan guru-guru tersebut menjadi khatib sebagai penghargaan atas peranan penting mereka.

"Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah memperakukan nama 115 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Perak untuk diangkat sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan baginda," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Annuar berkata, Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk "Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan" bagi tujuan berkenaan.

Minggu lepas, Sultan Nazrin turut memperkenankan golongan belia menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri bersempena sambutan Hari Belia Negara hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved