“Hari-Hari Aku Stalk FB Dia” – Kalah Dengan Nafsu Sendiri Sampai Terlanjur, Wanita Akui Kesal Curang Dengan Suami ‘Sempurna’

Entertainment
27 Feb 2024 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalu kita dengar jika individu berlaku curang, ia kerana atas faktor merasakan pasangan mempunyai kekurangan tetapi kali ini, luahan seorang wanita yang berlaku curang terhadap suaminya yang disifatkan ‘sempurna’ telah raih perhatian.

Kesal berlaku curang terhadap ‘perfect husband’

Dalam screenshot NGL yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform X, wanita yang sebelum ini bergelar isteri kesal berlaku curang terhadap suami yang serba serbi sempurna sifatnya.

Kata wanita itu, bekas suami seorang yang sangat matang dan sempurna, bahkan tidak pernah lupa memberi nafkah.

Terlanjur dengan lelaki lain

Biarpun suami sempurna, satu hari, wanita tersebut berkata dia terlanjur bersama seorang lelaki yang dijumpai sewaktu keluar dengan rakan-rakan lain.

Malah wanita tersebut akui berlaku curang tanpa pengetahuan suami selama setahun dan kantoi sewaktu bekas suami ternampak dirinya keluar dengan skandal.

Bercerai selepas 8 tahun, rasa kosong

Kata wanita itu lagi, walaupun sudah bercerai, bekas suami tidak pernah culas bayar nafkah untuk dirinya dan dua orang anak.

Sehingga ke hari ini bekas suami masih kekal positif dan meletak harapan agar dapat kembali bersama satu hari nanti.

image is not available 2 weeks ago

"Sepanjang Kahwin Aku Tak Pernah Naik Suara.." - Baru Setahun Bersama, Lelaki Kecewa Isteri Curang Dengan Rakan Universiti