“Hari-Hari ‘Order’ Adik Baru Tapi Mereka Tidur Sekatil Bersama, Jadi Macam Mana?” – Shuib Sepahtu

23 Oct 2023 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah memberitahu dia serta suami masih belum rancang untuk menimang cahaya mata sendiri.

Bahkan, mahu fokus sepenuhnya membesarkan anak-anak Shuib iaitu Uwais, Talita, Matin serta Affan yang kini baru berusia 2 tahun.

Dalam pada itu, Shuib sebagai ketua keluarga turut bersuara mengenai hal ini dan berkata mereka tidak pernah pun berbincang soal menambah anak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Hari-hari mereka ‘order’ adik tapi mereka tidur sekatil bersama. Jadi macam mana?

Shuib juga berkata kini dia dan isteri lebih mahu fokus membesarkan keempat-empat anak mereka sehingga menjadi matang.

Sekadar info, Shuib dan Watie selamat disatukan pada 23 Jun lalu di Qadhaffi Hanifiah di Putra Glass House, Putra Heights.

image is not available 3 days ago

Akui Merancang Kehamilan, Individu Tergamak Tuduh Watie - "Cakap Jela Kau Tu Dah Mandul, Kan Senang..."