“Hari Ini Mereka Menang..” – Buat Permohonan Maaf Terbuka, Caprice Terima Saman Daripada Asyraf Khalid

LocalEntertainment
5 Aug 2025 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat di Instagram penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, dia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa bakal menerima saman daripada tiga individu dan salah seorangnya ialah Asyraf Khalid.

Caprice buat permohonan maaf terbuka

Manakala, lagi dua itu pula merupakan individu yang berkaitan dengan kes pukul melibatkan enam mangsa yang pernah didedahkan oleh Caprice atau mesra dipanggil sebagai Cap, sebelum ini.

Menurutnya lagi, dia barangkali akan dikenakan perintah injuksi, di mana Caprice dilarang untuk bercakap mengenai isu ini di platform media sosial.

Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa (dipukul). Sudah tentu saya akan lawan perintah injuksi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Hari ini mereka menang..”

Dalam pada masa yang sama, aktivis itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta memohon doa akan kebenaran berpihak kepada pihak yang benar.

Untuk tempoh 8 bulan atau setahun, saya tidak boleh cerita tentang kes ini. Mereka berjaya senyapkan Caprice. Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok, lusa insya-Allah di pihak mangsa.

Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa berang terhadap Asyraf Khalid kerana menjemput seorang jurulatih fitness yang pernah didakwa mencederakan beberapa individu sebagai tetamu jemputan di podcast Apa Cerita? Podcast.

image is not available 2025-08-04 12:00:27

"Dia Yang Buat Podcast, Tiba-Tiba Buat Press Conference, Nak Saman Kita Sebab Rasa Dia 'Victim'" - Caprice Sindir Asyraf Khalid