Hari ini semua baca hadis jika Fatimah mencuri, 2018 senyap pula -Fadhli Shaari

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari tampil membangkitkan persoalan mengenai pengampunan yang diberikan kepada seorang individu pada 2018, susulan hadis berkaitan ‘kisah Fatimah jika mencuri’ yang kembali mendapat perhatian ramai ketika ini.

Hadis sedang jadi perbualan

Menerusi kenyataan ringkas yang dikongsikan, Fadhli menyifatkan hadis berkenaan kini dibaca secara meluas dan menganggap situasi tersebut sebagai sesuatu yang menghairankan.

“Hadis ‘sekiranya Fatimah mencuri’ merata-rata dibaca hari ini, Alhamdulillah. Peliknya ia tidak dibaca ketika ‘dia’ diampunkan terus pada tahun 2018,” tulisnya ringkas.

Image from: Hari ini semua baca hadis jika Fatimah mencuri, 2018 senyap pula -Fadhli Shaari

Untuk rekod, hadis yang menyebut sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, Rasulullah SAW tetap akan melaksanakan hukuman terhadapnya itu berkaitan prinsip keadilan tanpa mengira kedudukan atau hubungan kekeluargaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi hadis berkenaan menerusi media sosial pada  sekali gus mengundang perhatian pengguna media sosial.

Walau bagaimanapun, beliau tidak merujuk kepada sesiapa dan hanya memuat naik perkara tersebut sebagai peringatan untuk berlaku adil kepada sesiapa pun tidak kira pangkat atau darjat.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved