Hari Komanwel 2025: Malaysia ulangi komitmen pupuk perpaduan, pembangunan mampan

10 Mar 2025 • 12:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 10 MAC: Malaysia mengulangi komitmennya untuk memupuk perpaduan, daya tahan ekonomi dan pembangunan mampan dalam kalangan negara Komanwel, bagi masa depan yang lebih baik untuk semua, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan bahawa Malaysia, bersama 55 negara Komanwel turut meraikan Hari Komanwel 2025 yang disambut pada 10 Mac 2025.

“Tema tahun ini, “Together We Thrive”, memaparkan kerjasama erat yang berterusan antara negara Komanwel dalam memperkukuhkan nilai dan prinsip bersama, serta mencapai pembangunan yang inklusif dan mampan.

“Sambutan tahun ini juga signifikan dengan peningkatan hubungan Malaysia-United Kingdom kepada perkongsian strategik, susulan lawatan kerja Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ke United Kingdom dari 14 hingga 19 Januari, 2025,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved