SANDAKAN: Replika bot dan jentera pelbagai agensi keselamatan, tentera dan pasukan penyelamat di negara ini adalah antara dekorasi yang menghiasi hadapan Jambatan 11, Kampung Sim-Sim, di sini, sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Dekorasi lain termasuk permainan tradisi seperti wau selain beca, kereta api dan juga papan informasi berkenaan.
Pada waktu malam, kesemua dekorasi itu juga akan dihiasi dengan cahaya lampu yang dipasang khas oleh perekanya.
