Hari Malaysia: "Sampaikan naratif yang betul: Bung"

Politics
16 Sep 2022 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Naratif yang betul mengenai pembentukan Malaysia perlu disampaikan kepada generasi muda agar sentimen negatif tidak terus membara yang akhirnya melemahkan sistem persekutuan, selain memusnahkan kedaulatan negara dalam jangka panjang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin juga berkata perpaduan kaum, perpaduan sosial dan integrasi nasional adalah kunci untuk membina keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Ketiga-tiga elemen ini penting dan menjadi kekuatan untuk menghadapi cabaran masa depan bagi memastikan negara terus aman dan makmur.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab memastikan kelestarian keharmonian dan kemakmuran ini dalam ikatan perpaduan yang utuh, selaras dengan tema Hari Malaysia tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia, Kuat Bersama’, katanya, sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Padang Merdeka pada malam ini.

Bung, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat Negeri, berkata sekiranya rakyat Malaysia bersatu padu dan mengetahui peranan masing-masing, mereka akan dapat mengekang tindakan segelintir pelampau yang menyemai perpecahan dan menyemarakkan api perkauman yang mewujudkan suasana tidak selamat dalam negara untuk kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, katanya, penyatuan “Keluarga Malaysia, Kuat Bersama” perlu dihayati dan difahami demi membawa kemajuan bersama termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, komunikasi dan kemudahan asas, walaupun masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.

“Pada 16 September, Hari Malaysia perlu disambut oleh semua orang tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

“Kita mesti komited untuk mengubah mentaliti segelintir yang masih tidak mengambil berat tentang kepentingan Hari Malaysia,” kata Bung, yang juga Menteri Kerja Raya Negeri.

Menurut Bung, peranan generasi muda sebagai pewaris dan mewakili kumpulan terbesar penduduk negara adalah penting untuk meneruskan agenda pembangunan negara pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Bung berkata anjakan paradigma, semangat patriotisme yang tinggi, akhlak yang mulia dan kepentingan mempunyai falsafah ilmu yang tinggi perlu disemai dalam minda anak muda bagi membolehkan agenda pembangunan negara diteruskan.

“Golongan muda harus mengisi masa dengan belajar dan mencari pengalaman berharga sebanyak mungkin untuk persediaan menghadapi dunia yang lebih mencabar. “Apatah lagi dunia hari ini bukan sahaja tentang kekuatan, tetapi yang lebih penting ialah ketajaman minda untuk menentukan rezeki seseorang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Bung turut mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua dan mengajak seluruh rakyat khususnya di Sabah merakamkan rasa syukur kerana perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas yang kukuh dalam mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. negara.

Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan sambutan di peringkat Sabah, antaranya menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah, persembahan istimewa “Keluarga Malaysia, Kuat Bersama” oleh artis Lembaga Kebudayaan Sabah, persembahan hiburan artis tempatan, dan acara memotong kek Hari Malaysia 2022.

Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual hadir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article