Hari Peringatan Polis

LocalPolitics
26 Mar 2025 • 2:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seramai 26 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan menerima sijil penghargaan pada perhimpunan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 tahun pada Selasa.

Seramai lima penerima masing-masing menerima sijil penghargaan Komander Briged Sabah didahului oleh Inspektor Muhammad Zareef Abdul Rajak, manakala penerima sijil penghargaan PP Batalion 15 seramai 21 orang didahului oleh Inspektor Faisal Salleh.

Perhimpunan di pekarangan Ibu Pejabat Batalion 15 PGA di Jalan Lintas Labuk, Batu 8, di sini, dihadiri Pegawai Pemerintah (PP) Batalion 15 Supt Ijid Landu Binju.

Turut hadir, Penolong PP, DSP Ambrus Haji Mohd Ali.

Ijid turut menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara selain menyaksikan lafaz ikrar Rukun Negara dan Taat Setia.