
20 September 2024 adalah hari pertama jualan siri iPhone 16 di Malaysia. Untuk edisi kali ini ia sedikit berlainan berbanding generasi sebelumnya. Hal ini kerana, untuk tahun 2024, Apple buat pertama kalinya iPhone dijual di Apple Store pertama Malaysia. Bukan itu sahaja, pasaran Malaysia juga kini menjadi pasaran dalam gelombang pertama pelancaran, sama seperti Amerika Syarikat. Malahan jika diambil kira perbezaan zon masa, kita beroleh lebih awal berbanding A.S.
Hari 01 Jualan iPhone 16, Apple Store TRX Sesak! #applestore #applemalaysia #apple #theexchangetrx #iphone16 #iphone16pro #iphone16promax #iphone16plus #kualalumpur
Pembeli iPhone 16 tunggu seawal 2 pagi
Antara yang terawal beratur di hadapan Apple Store TRX bukanlah warga tempatan, sebaliknya daripada Vietnam dan mereka berada di sana seawal 2 pagi.

Melihat pada bilangan unit yang mereka beli setiap seorang, besar kemungkinan mereka beli untuk orang lain. Tidaklah memelikkan kerana pada 20 September 2024, pasaran Vietnam baru sahaja mulakan tempahan dan iPhone 16 hanya akan dijual pada 27 September 2024.
Hari 01 Jualan iPhone 16, Pembeli sempat sarapan tak? #applestore #applemalaysia #apple #theexchangetrx #iphone16 #iphone16promax #iphone16pro #iphone16plus #iphone16series #soyacincautiktok #fyp
Pintu Apple Store dibuka tepat jam 8 pagi
Buat hari yang istimewa ini, Apple Store telah mengubah waktu operasi mereka. Apple Store The Exchange Menara TRX biasanya beroperasi pada 10 pagi setiap hari. Namun, untuk hari 20 September 2024, mereka membuka pintu lebih awal, pada jam 8 pagi dan tamat operasi pada jam 10 malam.


Sebanyak dua golongan yang beratur menunggu pintu dibuka. Satu golongan adalah yang telah membuat tempahan awal dan memilih kaedah pick-up di Apple Store dan satu lagi adalah pelanggan walk-in. Selain Apple Store, saluran-saluran jualan iPhone sedia ada masih lagi menjual iaitu melalui Apple Authorised Reseller (AAR).
Hari 01 jualan iPhone 16, Dah Beli, Nak Buat Apa? #applestore #applemalaysia #apple #theexchangetrx #iphone16 #iphone16plus #iphone16pro #iphone16promax #iphone16series #fyp #kualalumpur
Antara yang boleh anda dipertimbangkan ialah:
Selain itu, telco-telco utama Malaysia turut menyediakan peranti ini seperti:
Kelebihan beli iPhone di Apple Store TRX
Salah satu kelebihan beli iPhone di Apple Store adalah, mereka kerap adakan kelas penggunaan produk Apple. Di bahagian tingkat atas outlet ini terdapat ruang pembelajaran dengan skrin yang besar. Setiap hari, akan ada sesi Today at Apple berkongsikan tips & tutorial berkaitan produk Apple. Jadual lengkap Today at Apple boleh anda rujuk di laman rasmi Apple.

Pada hari ini, topik sesi pagi adalah "Tips for what's new in iOS 18" bersempena dengan pelancaran iPhone 16. Today at Apple adalah percuma dan anda boleh sertainya walaupun tidak membeli sebarang produk iPhone.

Selain itu, Apple Store TRX turut menawarkan servis trade-in sekiranya anda ingin lakukan tukar beli untuk naik taraf iPhone lama kepada iPhone yang baharu.




