
TAMBUNAN: Persatuan Pengamal Adat Sabah (Sunduan Nabalu) menganggap perayaan Hari Sabah yang disambut pada 31 Ogos di Tambunan, baru-baru ini, sebagai amat istimewa kepada orang asal atas dua sebab.
Pertama, ini adalah kali pertama mereka yang mewakili Sekolah Adat Anak Negeri menyertai perbarisan dan perarakan padang serta dinobatkan sebagai kontinjen terbesar dengan peserta 150 orang mengambil bahagian.
Kira-kira 30 kontinjen daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan menyertai perbarisan tahun ini yang diadakan di Kompleks Sukan Tambunan.
