
KENINGAU: Pengiktirafan Hari Sabah mengekalkan identiti Sabah sebagai antara salah satu negara yang pernah mempunyai kerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963 dan seterusnya bergabung membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Hari Sabah yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos mampu mengekalkan jati diri Sabah dan diketahui oleh seluruh rakyat di negara ini mengenai sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia.
Katanya, usaha ini dapat difahami dan mengekalkan kuasa autonomi negeri ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
“Pengiktirafan Hari Sabah pada 31 Ogos adalah petanda bahawa Sabah mempunyai identiti dan kuasa autonomi tersendiri yang selaras dengan Perlembagaan
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Persekutuan Malaysia dan juga Perjanjian Malaysia MA63,” katanya kepada media pada majlis pelepasan kontinjen Majlis Sukan Sekolah Keningau (MSSD) ke peringkat negeri di SMK Gunsanad 2 di sini baru-baru ini.
Keningau dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Majlis Sukan Sukan Sekolah Sabah yang akan diadakan pada 3-8 Sept di Kompleks Sukan Keningau.
Pada majlis ini, Arthur menyumbang RM25,000 kepada kontinjen MSSD Keningau untuk bertanding dalam Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) selain menyampaikan bendera kontinjen kepada ketua Majlis Sukan Sekolah Keningau.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

