
Suami isteri hadiahkan kasut buat semua rakan sekelas anak bersempena dengan hari terakhir persekolahan sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran video yang dibuat akaun TikTok azra_deanna, dia telah memuat naik momen sewaktu guru kelas anaknya membuat pengumuman agar murid-murid mengambil seorang satu kasut yang diletakkan di dalam beg kertas.
@azra_deanna Alhamdulillah rezeki utk murid2 hari ini,tp syg murid last day ramai yg tak hadir,terime kasih atas doa anak2 murid semua.. #KasutMurah #kasutsukan #kasutviral #kasutsneakers #kasutmurahajshop
♬ original sound - KASUT MURAH AJ SHOP 2.0 - KASUT MURAH AJ SHOP 2.0
Suami isteri hadiahkan kasut untuk semua
Dapat dilihat beg kertas jenama kasut tersebut bukannya murah, namun mereka suami isteri menyatakan hadiah berkenaan adalah rezeki buat murid-murid di kelas itu
Walaupun tidak ramai yang hadir pada hari terakhir persekolahan, pengguna TikTok berkenaan bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

Suami isteri hadiahkan kasut, bersyukur dapat kongsi rezeki
Guru kelas kepada anak pasangan suami isteri itu juga telah meminta murid-muridnya untuk mengucapkan terima kasih kerana memberikan mereka kasut baru.
Dia juga berpesan agar mereka semua membuka beg kertas terbabit selepas pulang dari sekolah dan bukannya di dalam kelas.

Jenama tu bukan murah
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata berasa gembira melihat pasangan tersebut berkongsi rezeki dengan orang lain sehingga membuatkan murid-muris itu tersenyum.
Ada juga yang mengakui sebak melihat momen berkenaan dan mendoakan agar rezeki mereka terus mengalir kerana tidak lokek dalam bersedekah.

Terima kasih orang baik

Seronok dapat berkongsi rezeki macam ni

Banyak pahala mengalir

Semoga pemberian tersebut dapat memberi manfaat kepada murid-murid serta pemberia terus dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok azra_deanna

