Hari ulangtahun kemerdekaan Palestin, kini merdekakah mereka?

15 Nov 2022 • 12:48 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BAITULMAQDIS: Tanggal 15 November 1988 melakar sejarah apabila Yasser Arafat, Presiden Palestin pada tahun tersebut mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara.

Pengisytiharan tersebut dilaungkan di Algiers, Algeria dan warga Palestin menantikan detik tersebut setelah bertahun- tahun Palestin dinafikan hak mereka sebagai sebuah negara.

Sejak itu, pelbagai konflik, perang demi perang berlaku dan menyaksikan ribuan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua kehilangan nyawa.

image is not available
Lapan tahun lalu, dalam masa 51 hari sahaja semasa serangan tentera israel ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung, dilaporkan seramai 11,231 rakyat Palestin cedera termasuk 3,436 kanak-kanak & 3,540 wanita, 10% daripadanya mengalami hilang upaya kekal.

#IsraeliCrimes banjiri media sosial

Kata kunci #IsraeliCrimes menjadi topik top 5 yang dibincangkan oleh pengguna media sosial hari ini.

Pengguna media sosial tidak kira bangsa mahupun fahaman agama menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang masih dibelenggu kekejaman serta kezaliman yahudi & rejim zionis sehingga ke hari ini.

Kini, kira-kira 5 juta penduduk Palestin didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pelarian dan tinggal di Jordan, Syria serta Lebanon.

Walaupun mereka terus dihenyak, dilanyak, dizalimi setiap hari, namun semangat dan perjuangan mereka tidak pernah hilang atau luntur untuk merampas kembali tanah milik mereka.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini