Hari Wesak Disambut Penuh Harmoni, Dalam Suasana Meriah

WorldTravel
4 May 2023 • 3:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penganut agama Buddha mengunjungi Tokong Buddha Jayanti sejak awal pagi untuk menjalankan upacara keagamaan. - Gambar oleh Azim Rahman

Hari ini, penganut agama Buddha meraikan perayaan Hari Wesak. Sejak awal pagi, mereka mula mengunjungi tokong bagi menjalankan upacara keagamaan dengan menyalakan lilin serta membawa bunga-bungaan sebagai melambangkan kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha.

Ia diraikan dalam suasana harmoni dan meriah. Jurufoto Getaran, Azim Rahman membuat liputan di Tokong Buddha Jayanti yang terletak di Pudu.

image is not available
Salah seorang penganut agama Buddha menjalankan ritual untuk upacara sembahyang di Tokong Buddha Jayanti.

image is not available
Para penganut akan mengunjungi kuil dan turut menyalakan colok.

image is not available
Penganut Buddha menyambut Hari Wesak sempena kelahiran, pencerahan dan kematian Gautama Buddha.

image is not available
Tokong Buddha Jayanti di Pudu menjadi tumpuan sejak awal pagi tadi.

image is not available
Kebiasaannya Hari Wesak adalah satu masa apabila penganut agama Buddha akan berhimpun di kuil untuk mengambil bahagian dalam upacara sembahyang.

image is not available
Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan bagi membendung ancaman COVID-19.

image is not available
Menyalakan lilin merupakan salah satu daripada upacara keagamaan Buddha yang dijalankan di tokong.

image is not available
Suasana sambutan Hari Wesak pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas susulan keadaan COVID-19 yang kian terkawal.

image is not available
Salah seorang penganut agama Buddha memakai pelitup muka sebagai langkah berhati-hati dengan penularan COVID-19.

image is not available
Tokong Buddha Jayanti di Pudu menjadi tumpuan penganut agama Buddha sejak awal pagi tadi.