Harimau kumbang masuk perangkap

13 Feb 2024 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seekor harimau kumbang berjaya masuk perangkap yang dipasang Perhilitan pada Selasa selepas dilapor membaham ternakan penduduk di Felda Lasah, Sungai Siput. Foto ihsan pembaca

SUNGAI SIPUT - Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Felda Lasah di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, harimau kumbang betina dianggarkan berusia empat tahun itu dalam keadaan sihat namun terdapat luka di kepala dipercayai akibat melanggar perangkap.

"Perangkap dipasang pada Isnin selepas menerima aduan serangan pada anak lembu ternakan milik penduduk.

"Kita menggunakan umpan bangkai anak lembu itu dan sekitar jam 4 pagi, haiwan pemangsa ini masuk perangkap," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, harimau seberat 35 kilogram itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved