Harimau Malaya belum fikir pentas final

LocalFootball
24 Sep 2026 • 6:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harimau Malaya belum fikir pentas final

PENGENDALI interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak sesekali memandang rendah keupayaan Bangladesh menjelang aksi pembuka tirai Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, esok.

​Meskipun ramai peminat mula memperkatakan pertembungan ‘panas’ menentang musuh tradisi, Indonesia, Cheng Hoe menegaskan fokus ketika ini adalah meraih keputusan positif ke atas Bangladesh terlebih dahulu.

​Cheng Hoe mengakui aksi pertama dalam mana-mana kejohanan sentiasa berliku, namun beliau yakin Harimau Malaya kini berada pada landasan terbaik untuk menyerap tekanan tersebut.

“Kita perlu hormati Bangladesh kerana mereka hadir dengan persiapan yang rapi. Namun, pasukan mahu keputusan yang positif menentang mereka esok.

“Perlawanan pertama dalam mana-mana kejohanan sentiasa sukar, tetapi kami sudah bersedia sepenuhnya,” katanya pada sidang media praperlawanan, hari ini.

Mengulas mengenai sasaran diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu melihat skuad negara mara sehingga ke pentas akhir, Cheng Hoe menyifatkannya sebagai satu cabaran positif buat seluruh pasukan.

“Sudah tentu kami menerimanya sebagai satu cabaran dan pada masa sama, kami benar-benar fokus untuk perlawanan pertama ini.

“Kami mengambil cabaran sasaran daripada Presiden baharu ini (Datuk Ab Ghani Hassan) dan pemain juga sangat teruja untuk beraksi dalam edisi sulung ini.

“Dalam bola sepak, setiap perlawanan dan setiap mata sangat penting, jadi keutamaan esok adalah bermula dengan langkah kanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Harimau Malaya belum fikir pentas final appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved