Harimau Malaya buru kemenangan besar

Football
24 Mar 2025 • 6:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jadual Kumpulan F Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027. Gambar kecil: Joehari

SKUAD bola sepak negara perlu memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan meraih kemenangan selesa apabila membuka gelanggang Kumpulan F Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa ini.

Ini misi dilaungkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub kepada skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang akan menentang The Gorkhalis kendalian Matt Ross.

Pada masa sama, Joehari juga mencabar Harimau Malaya melakar kemenangan besar ke atas Nepal, yang kini menghuni ranking ke-175 dunia, berbanding Malaysia yang berada di tangga ke-132 dunia.

“Ya, kami mahukan kemenangan selesa sebagai suntikan semangat untuk perlawanan peringkat kumpulan seterusnya, kerana kita sedar Vietnam lawan yang sukar.

“Kami sememangnya mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat menang dengan bergaya dan menjaringkan banyak gol pada masa sama mengharapkan semua penyokong untuk membanjiri stadium dan membantu memeriahkan suasana, serta memberi sokongan padu agar pasukan kebangsaan kita meraih kemenangan ke atas Nepal,” katanya.

Selain Nepal, Malaysia turut diundi dalam Kumpulan F bersama dengan pasukan pilihan juga jagoan ASEAN, Vietnam dan Laos dalam saingan liga sepusingan berkenaan.

Sementara itu, Joehari mengesahkan timbalan presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilantik sebagai pengurus Harimau Malaya mampu membawa aura baharu buat skuad negara.

Malah jelas Joehari pelantikan tersebut juga berupaya menyuntik semangat baharu buat pasukan negara yang masih dalam proses transformasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved