Harimau Malaya: Cheng Hoe utamakan rombak bahagian tengah hadapi Yaman

LocalFootball
16 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Harimau Malaya: Cheng Hoe utamakan rombak bahagian tengah hadapi Yaman

Rombakan di bahagian tengah dijangka menjadi keutamaan jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Yaman di Guangdong petang esok.

Cheng Hoe menegaskan aspek penguasaan bola merupakan antara perkara utama yang perlu diperbaiki selepas anak buahnya bergelut menyaingi kelebihan fizikal dan taktikal China sehingga tewas 0-2 dalam aksi persahabatan pertama pada Sabtu lalu.

Cheng Hoe ketika itu mempertaruhkan Ryan Lambert dan Ubaidullah Shamsul Fazili sebagai gandingan utama di bahagian tengah ketika bertemu China.

Namun, duo itu berdepan kesukaran untuk mengawal rentak permainan, sekali gus memberikan ruang kepada skuad Naga berkenaan menguasai perlawanan.

Situasi itu menyaksikan beberapa pertukaran dilakukan dalam babak kedua, dengan Haziq Kutty Abba dan Endrick dos Santos antara pemain yang diberikan peluang untuk memperkemas bahagian tengah.

"Sebagai jurulatih memang saya rasakan yang kelemahan di bahagian tengah sedikit sebanyak menjejaskan kawalan bola ketika menentang China," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Tetapi saya rasa adalah penting untuk memberikan peluang kepada pemain lain agar mereka dapat pengalaman bermain di peringkat antarabangsa, terutama berdepan pasukan China yang amat kuat daripada segi fizikal dan taktikal.

"Sebagai jurulatih, saya berpuas hati dengan persembahan setiap individu dalam pasukan."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved