Harimau Malaya kini ranking ke-131 dunia

LocalFootball
3 Apr 2025 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harimau Malaya mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan naik satu anak tangga kepada kedudukan ke-131 dunia berdasarkan kemas kini terkini, hari ini.

HARIMAU

Malaya mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan naik satu anak tangga kepada kedudukan ke-131 dunia berdasarkan kemas kini terkini, hari ini.



Menurut laman rasmi FIFA (www.fifa.com), skuad kendalian Peter Cklamovski kini mengumpul 1,123.57 mata daripada kedudukan ke-132 yang diduduki sejak 19 Disember tahun lepas.



Kenaikan ini didorong oleh kemenangan 2-0 Malaysia menewaskan Nepal dalam aksi pembukaan Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac lepas.



Selepas ini, Harimau Malaya akan melayan kunjungan Vietnam pada 10 Jun, sebelum bertandang ke Laos pada 9 Oktober dengan kemas kini ranking seterusnya dijadualkan pada 10 Julai.



Namun, Malaysia sebenarnya masih ketinggalan di belakang beberapa pencabar serantau dengan Thailand di tangga ke-99, Vietnam (109) dan Indonesia (123).



Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 2022 terus menguasai carta di kedudukan nombor satu diikuti Sepanyol, Perancis, England dan Brazil. - Bernama



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved