‘Harimau Malaya memerlukan sokongan anda lagi & lagi’ – Hantaran FIFA World Cup undang perhatian

LocalFootball
4 Sep 2024 • 3:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tanpa kehadiran penonton dan penyokong setia bagi sukan bola sepak, ibarat seperti hilang satu sisi kekuatan meneruskan perlawanan.

Bagaimanapun, janji pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba mereka tetap meneruskan perjuangan memburu kemenangan menentang Filipina pada aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini walaupun mengakui sedih dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak memboikot Pestabola Merdeka 2024.

Terdahulu, penyokong setia bola sepak termasuk Ultras Malaya melancarkan kempen boikot Pestabola Merdeka 2024 tanda protes terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam hantaran di Facebook, mereka menyeru kepada peminat bola sepak supaya tidak hadir ke stadium sebagai tanda protes.

“Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat.

“Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka!” katanya.

Difahamkan, setakat ini tiket perlawanan hanya terjual tidak sampai 1,000 keping.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facecook FIFA World Cup seakan memujuk penyokong Malaysia untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan pada pasukan Malaysia.

image is not available

“Harimau Malaya memerlukan sokongan anda lagi dan lagi,” tulisnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved