Harimau Malaya mendahului Kepulauan Solomon 2-1

14 Jun 2023 • 10:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harimau Malaya mendahului Kepulauan Solomon 2-1 pada babak pertama Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di Kuala Nerus, malam ini. - Foto Football Association of Malaysia

HARIMAU Malaya mendahului Kepulauan Solomon 2-1 pada babak pertama Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, di Kuala Nerus, malam ini.

Pada 11 minit pertama perlawanan, kubu skuad kebangsaan negara itu dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat oleh Raphael Le'ai bagi membolehkan pasukan itu mendahului 1-0.

Skuad kebangsaan seterusnya meningkatkan serangan menerusi hantaran Paulo Josue hasil umpanan Corbin Ong dari sebelah kiri gawang malangnya ditepis keluar pada minit ke-24.

Usaha berterusan skuad kendalian Kim Pan Gon itu berhasil apabila tonggak naturalisasi negara, Paulo Josue memanfaatkan peluang yang ada dalam kotak penalti pada minit ke-40 dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Penantian penyokong hitam kuning di SSMZA hampir sempurna apabila sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi membolosi gawang pelawat sekali gus menyaksikan skuad negara mendahului 2-1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved