Harimau Malaya semakin garang, ranking dunia melonjak ke-123

LocalFootball
18 Sep 2025 • 10:12 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya terus mengukir pencapaian membanggakan apabila melonjak ke tangga ke-123 dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan hari ini.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan pasukan bimbingan Peter Cklamovski naik dua anak tangga berbanding ranking ke-125 yang direkodkan pada 10 Julai lalu.

Lonjakan berkenaan didorong oleh kutipan mata hasil tiga kemenangan penting dalam aksi kelayakan rasmi dan perlawanan antarabangsa kelas A sejak Jun lalu.

Antara kemenangan terbesar dicatat apabila Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun.

Momentum positif itu diteruskan pada September apabila Harimau Malaya menundukkan Singapura 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 4 September, sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, empat hari kemudian.

Tiga kemenangan berturut-turut itu menjadi pemangkin utama kepada lonjakan ranking skuad negara di pentas antarabangsa.

Ranking dunia seterusnya dijadual diumumkan pada 23 Oktober depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved