Harimau Malaya Terus Mengaum! Kini Ranking Ke-116 Dunia

LocalFootball
20 Nov 2025 • 11:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu yang diumumkan hari ini.

Kedudukan itu menyaksikan peningkatan berbanding ranking ke-118 pada kemas kini terakhir pada 17 Oktober 2025.

Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas memperbaiki kedudukan dari tangga ke-96 ke 95, manakala Vietnam turut naik satu anak tangga untuk berada di ranking ke-110 sebagai pasukan kedua terbaik rantau ini.

Harimau Malaya Terus Mengaum!

image is not available

Malaysia kini berada di kedudukan ketiga terbaik Asia Tenggara, diikuti Indonesia di tangga ke-4 rantau ini.

image is not available

Artikel lain: Rayuan Ditolak! FIFA Arah FAM Dedah Dalang Isu Pemalsuan Dokumentasi 7 Pemain Warisan 

Filipina turut mencuri tumpuan apabila melonjak lima anak tangga untuk menghuni tempat ke-136, sekali gus berada di kedudukan kelima terbaik Asia Tenggara.

image is not available

Singapura yang baru melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2027 turut mencatat peningkatan empat anak tangga untuk berada di ranking ke-151.

Kemas kini ranking seterusnya dijadual diumumkan pada 23 Disember 2025.

Sumber: FB Football Association of Malaysia

The post Harimau Malaya Terus Mengaum! Kini Ranking Ke-116 Dunia appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved