Harimau Malaya Uji Taring Lawan Singapura Malam Ini

LocalFootball
4 Sep 2025 • 7:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Malam ini jadi malam yang ditunggu-tunggu bila Harimau Malaya turun berdepan Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sepak mula dijadualkan jam 9.00 malam dan pastinya ribuan penyokong akan membanjiri stadium untuk bagi sokongan padu.

Perlawanan ini bukan sekadar aksi persahabatan biasa, tapi ia jadi medan penting buat Peter Cklamovski untuk menilai taktikal dan keserasian pemain.

Lebih menarik, rekod pertemuan kedua-dua pasukan setakat ini menyaksikan Malaysia dengan 20 kemenangan, Singapura 14, manakala 17 kali seri. Jadi, korang boleh agak betapa sengitnya persaingan malam ini.

Harimau Malaya turunkan barisan pemain ini…

image is not available
image is not available

Kalau betul ini kesebelasan utama, memang boleh buat Singapura pening kepala sebab Malaysia ada gabungan tenaga muda, pengalaman dan import naturalisasi yang mantap.

Pentas ujian sebelum jumpa Palestin…

image is not available

Selepas aksi malam ini, Harimau Malaya akan berdepan Palestin pada 8 September di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Dua perlawanan ini jadi persediaan terakhir sebelum bermula cabaran sebenar di pentas Asia.

Peminat bola sepak tanah air pastinya mengharapkan momentum positif bermula malam ini. Menang bukan saja beri keyakinan, tapi juga tambah semangat menjelang perlawanan seterusnya.

Pssttt! Korang yang turun stadium malam ni, pastikan datang awal, pakai jersi kebangsaan dan jangan lupa bagi sorakan padu sampai gegar Bukit Jalil. Harimau Malaya perlukan ‘player ke-12’ iaitu korang sendiri untuk bakar semangat mereka. Ingat, lawan Singapura ni bukan sekadar bola sepak, tapi soal maruah serantau!

Kredit: Oh! Media
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.