Harimau Selatan baham Harimau Kumbang

LocalFootball
12 Sep 2024 • 10:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain JDT, Jorge Leonardo Obregon Rojas (kiri) diasak oleh pemain Penang FC, Rafael Vitor Santos De Freitas (kanan) ketika melakukan percubaan, pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. Foto Bernama

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) kian selesa di puncak Liga Super apabila menewaskan Penang FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.

Debut penyerang Colombia, Jorge Obregon antara tidak mengecewakan apabila meledak dua gol bagi membantu kemenangan berkenaan.

Kedua-dua pasukan bermula baik sejurus wisel permulaan dan skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan menerusi pemain import, Oscar Arribas.

Gol berkenaan semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Tersentak dengan jaringan tersebut menyaksikan Penang FC bangkit mengatur asakan ke gawang tuan rumah dalam usaha menjaringkan gol penyamaan.

Namun asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan Harimau Selatan.

Hasil satu serangan balas, JDT meledak gol kedua menerusi penyerang baharu, Jorge Obregon pada minit ke-41.

Pada masa kecederaan JDT berpeluang menjaringkan gol ketiga namun Ariff Aiman Hanapi gagal menyempurnakan sepakan penalti bagi menyaksikan kedudukan 2-0, kekal menuju ke bilik persalinan.

Babak kedua juga menyaksikan skuad Harimau Selatan hanya memerlukan tiga minit bagi meledak gol ketiga juga menerusi Obregon pada minit ke-48.

Pemain gantian, Bergson Da Silva kemudiannya meledak gol keempat JDT apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-66, untuk gol keempat skuad Harimau Selatan itu.

Pada masa kecederaan, skuad Harimau Selatan beroleh gol kelima hasil jaringan Arif Aiman yang sama sekali turut menebus kesilapannya pada penghujung babak pertama.

Kemenangan berkenaan menyaksikan skuad Harimau Selatan itu terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super dengan 25 mata hasil lapan kemenangan dan seri sekali daripada sembilan perlawanan setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved