Harimau terkam lembu, 500 penduduk Kuala Krai cemas

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 8:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harimau terkam lembu, 500 penduduk Kuala Krai cemas

KUALA KRAI: Kehadiran seekor harimau belang yang menerkam lembu peliharaan menyebabkan lebih 500 penduduk di empat kampung iaitu Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di Mukim Sungai Mengkuang di sini diselebungi ketakutan sejak kelmarin.

Kelibat haiwan karnivor dise­dari oleh seorang penoreh getah warganegara Indonesia yang mendakwa dikejar harimau ber­ke­naan semasa sedang bekerja di kawasan ladang.

Penghulu Mukim Sungai Mengkuang Zulkifli Sulaiman berkata, sejak berita kehadiran pak belang itu tersebar kebanyakan penduduk dan pekerja ladang mulai takut untuk keluar bekerja kerana bimbang soal keselamatan.

“Kalau ada bekerja, mereka akan berhati-hati kerana harimau itu masih belum ditangkap.

“Perkara tersebut sudah berada dalam pengetahuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas penduduk membuat aduan apabila seekor lembu telah diterkam harimau berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Zulkifli memberitahu, susulan itu Perhilitan sudah memasang perangkap di lokasi kejadian bagi menangkap haiwan tersebut.
Katanya, bagaimanapun seekor beruang telah masuk ke dalam perangkap semalam yang dipasang bagi menangkap harimau berkenaan.

“Proses pemindahan beruang itu telah selamat dilakukan oleh pihak Perhilitan,” ujarnya. – UTUSAN

The post Harimau terkam lembu, 500 penduduk Kuala Krai cemas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved