
Pelawak, Harith Iskandar dan isterinya Dr Jezamine Lim tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bagi prosiding perceraian.
Menurut laporan Oh Bulan, mereka berdua hanya menyapa pengamal media yang hadir dan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai apa keputusan yang mereka pilih.
Pasangan itu akan memberikan kenyataan apabila prosiding selesai nanti dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abd Kader.
Semuanya akan diberitahu selepas ini.
Harith dan Jezamine dilihat berjalan bersama sambil berpimpin tangan untuk memasuki mahkamah. Nampak tenang sangat!
Apapun, kita tunggu sajalah sehingga prosiding selesai untuk tahu jawapannya.

Jap!



