Harley-Davidson Cruiser 2025: Enam Model Baharu berasaskan Harley-Davidson Softail 117 Gempur Art of Speed 2025

Cars
27 Jul 2025 • 2:48 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Suasana di MAEPS semakin berasap dengan kemunculan barisan Harley-Davidson Cruiser 2025 serba baharu yang dilancarkan secara rasmi sempena Art of Speed (AOS) 2025. Enam model ikonik ini kini tampil lebih bertenaga, lebih bergaya, dan tentunya lebih ganas – bermula pada harga RM119,900.

Senarai model dan harga asas:

  • Street Bob – RM119,900
  • Heritage Classic – RM143,900
  • Breakout – RM146,900
  • Fat Boy – RM149,900
  • Low Rider S – RM134,900
  • Low Rider ST – RM150,900

Kesemua model dikuasakan oleh enjin V-Twin 1,917cc (Milwaukee-Eight 117) yang bukan sahaja padat dengan kuasa, malah mengekalkan kerangka Ikonik Softail 117 yang menjadi lambang warisan Harley-Davidson. Tapi jangan sangka semua model ini sama, kuasa enjin diolah khas mengikut karakter masing-masing:

  • Classic Powertrain (Street Bob & Heritage Classic): 91 hp / 156 Nm
  • Custom Powertrain (Breakout & Fat Boy): 103 hp / 168 Nm
  • High Output Powertrain (Low Rider S & ST): 114 hp / 173 Nm

Apa maksudnya untuk penunggang? Ada model yang lebih santai dan selesa untuk tunggangan jauh seperti Heritage Classic, dan ada yang dicipta untuk mereka yang mahukan gaya hidup lebih liar dan agresif seperti Low Rider ST.

Dengan enam personaliti berbeza, barisan Harley-Davidson Cruiser 2025 ini membuktikan Harley-Davidson masih menjadi raja jalanan. Sama ada anda peminat klasik atau pemburu adrenalin, ada satu Harley yang menanti untuk ditunggang.