
KHAO YAI, THAILAND (10 November 2025) – Harley-Davidson secara rasmi mengumumkan penganjuran Asia Harley Days™ 2025, edisi keempat festival motosikal dan gaya hidup terbesar rantau ini, yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 November 2025 di Midwinter, Khao Yai, Thailand.
Acara tahun ini dianjurkan dengan kerjasama Singha® Soda dan dijangka menjadi edisi paling besar dan berwarna-warni setakat ini menghimpunkan penunggang, komuniti Harley Owners Group™ (H.O.G.™), dan peminat dari lebih 20 negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India dan banyak lagi.
Sebagai tanda hormat terhadap pemergian Ratu Sirikit, Queen Mother of Thailand, Harley-Davidson memaklumkan bahawa beberapa aktiviti akan disesuaikan dengan tempoh berkabung, termasuk satu upacara khas penghormatan pada majlis pembukaan rasmi, 21 November nanti.
Asia Harley Days™ 2025 menjanjikan pengalaman yang menyatukan semangat kebebasan dan persaudaraan dalam komuniti Harley-Davidson. Antara sorotan utama termasuk:
- Perarakan ikonik Harley-Davidson melibatkan lebih 1,000 motosikal pada 22 November, jam 1 petang dari Midwinter, Khao Yai.
- Pertunjukan aksi, cabaran gymkhana dan sesi uji tunggang model-model baharu Harley-Davidson di Moto Zone.
- Pertandingan Custom Kings Asia, di mana peminat boleh mengundi motosikal custom kegemaran mereka.
- Freedom Crew Hangout bersama personaliti terkenal seperti Guy Ratchanont (Thailand), Roh Hongchul (Korea Selatan), Elizad Sharifuddin (Malaysia), dan JasteRock (Singapura).
Pentas utama Asia Harley Days™ akan dimeriahkan dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa merangkumi pelbagai genre muzik dari rock dan metal hingga pop dan EDM.
Antara nama besar yang akan menggegarkan Khao Yai termasuk:
- Phil X and The Drills (Bon Jovi / Slash and the Conspirators)
- Asterism (trio metal Jepun)
- Johnny Pandora
- Artis Thailand seperti Stone Metal Fire, J Jetrin, Flure, Noi Pru, Pok Mindset serta DJ Mykris, DJ Joy Lila dan DJ Blackat.
Tiket rasmi boleh didapati di www.asiaharleydays.com dan di pengedar Harley-Davidson yang sah.
Harga tiket:
- 2-Day Pass: bermula dari 999 THB
- 1-Day Pass: bermula dari 799 THB
- Pilihan tiket termasuk welcome pack eksklusif mengandungi pelbagai barangan edisi khas Asia Harley Days™.
- Kanak-kanak bawah 12 tahun menikmati kemasukan percuma.


Selain konsert dan aktiviti motosikal, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai gerai makanan, aktiviti interaktif di Freedom Lane, serta pameran gaya hidup dan jenama rakan kongsi di Full Throttle Workshops.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara, tiket, serta tempahan barangan rasmi, layari laman rasmi:
👉 www.asiaharleydays.com
Ikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi:
FB / IG / TikTok: @HarleyDavidson_Asia
FB: @SodaSingha
The post Harley-Davidson Umum Asia Harley Days™ 2025 di Khao Yai, Thailand appeared first on TW Media.




