Harris minta pampasan sewajarnya

4 May 2023 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Tan Sri Mohd Harris Salleh meminta pampasan sewajarnya oleh Kerajaan Malaysia dan Australia kepada keluarga dan mereka yang menderita selama 46 tahun, kerana merahsiakan penemuan masing-masing mengenai tragedi Double Six.

“Ini adalah amaln yang digunakan di seluruh dunia. Tuntutan pampasan yang dicadangkan bukan untuk kemalangan itu, tetapi atas penderitaan yang dialami selama lebih empat puluh tahun. Kerajaan Malaysia dan Australia wajar disaman atas tindakan mereka,” katanya.

Beliau berkata nahas pesawat Nomad itu bersifat jenayah kerana ia meragut nyawa 11 orang, dan Kerajaan Australia, sebagai sebuah negara berdaulat, berdemokrasi dan bertamadun, melakukan kesilapan dalam mematuhi permintaan Kerajaan Malaysia untuk mengklasifikasikan penemuannya sebagai “sulit”.

Beliau percaya alasan yang diberikan oleh Kerajaan Australia bahawa “pihak berkuasa Malaysia meminta laporan itu diklasifikasikan sebagai sulit” hanyalah untuk melindungi pengeluar pesawat Nomad, Government Aircraft Factories (GAF) daripada sebarang bentuk liabiliti dan tanggungjawab.

SPONSORED CONTENT Gamuda: Town-making success Kota Kinabalu: Gamuda Land announced the grand launch of Curve25, a new doorstep convenient township within the prestigious Bukit Bantayan Residences to be officiated by State Minister of Industrial Development and Entrepreneurship Phoong Jin Tze. Read more “Laporan Australia (mengenai nahas itu) mengandungi nota fail yang diminitkan yang menyatakan, “pihak berkuasa Malaysia meminta laporan itu dianggap sebagai sulit”, yang merupakan alasan yang diberikan oleh Kerajaan Australia untuk tidak mengeluarkan laporan itu.

“Ini telah dinafikan oleh Malaysia dan mempersendakan kedaulatan Australia, yang kononnya tidak tertakluk kepada arahan dari negara luar tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

“Kemalangan pesawat Nomad ini bersifat jenayah kerana ia mengorbankan 11 orang. Sudah tentu Kerajaan Australia sebagai sebuah negara yang berdaulat, demokratik dan bertamadun tidak akan melakukan kesalahan jenayah tersebut.

“Kerajaan Australia seperti yang dilaporkan oleh banyak akhbar dan dokumentari televisyen, berbangga kerana mempunyai teknologi termaju. Dengan berbuat demikian, Kerajaan Australia dengan sengaja menyembunyikan kesalahan jenayah demi nasionalisme dan untuk melindungi jualan pesawat itu,” kata Harris.

Beliau merujuk kepada laporan Australia mengenai nahas Sabah Air Nomad 9M-ATZ yang mengorbankan Ketua Menteri Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain di Sembulan di sini pada 6 Jun 1976, yang dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum oleh Kerajaan Australia pada Rabu lepas (26 April). ). GAF ialah pengeluar Nomad.

Laporan Australia itu menyusuli tindakan mahkamah oleh Harris terhadap Kerajaan Malaysia dan Australia kerana mengklasifikasikan laporan mereka sebagai “Rahsia Rasmi” dan sorotan semula Daily Express serta dokumentari video khas pada 2021 yang memenangi anugerah Kewartawanan Penyiasatan kebangsaan, dan yang diakui secara rasmi oleh Harris sebagai mendorong tindakan terakhirnya untuk pendedahan tersebut pada usia 93 tahun.

Laporan Australia itu dibuat susulan pendedahan siasatan Malaysia dua minggu sebelumnya, yang tidak mempunyai sebarang bukti sabotaj, seperti yang diduga oleh sesetengah pihak.

Harris berkata laporan yang ditunggu-tunggu itu tidak mengandungi apa-apa perkara yang boleh dianggap sebagai “rahsia” dan dengan itu, tidak difahami kenapa Kerajaan Malaysia dan Australia memilih untuk mengklasifikasikannya sedemikian.

“Keluarga mangsa sangat menderita sejak 46 tahun lalu, semata-mata supaya kerajaan Malaysia dan Australia boleh ‘merahsiakan’ laporan yang tidak mengandungi sebarang rahsia.

“Oleh itu, adalah penting bagi kerajaan Malaysia dan Australia untuk memberi pampasan atas penderitaan tersebut. Ia tidak wajar untuk mana-mana kerajaan menganggap mereka boleh mengklasifikasikan sesuatu perkara sebagai rahsia jika dan bila mereka suka tanpa pertimbangan undang-undang. Pendedahan laporan penyiasatan mengesahkan tiadanya sebab sama sekali untuk tidak mengeluarkan laporan itu lebih awal,” tambahnya.

Harris seterusnya berkata terdapat banyak laporan yang menimbulkan persoalan mengenai reka bentuk yang rosak, dan oleh itu, kelayakan terbang pesawat Nomad.

“Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengeluarkan laporan 10 muka surat yang memperincikan kecacatan tersebut dan menarik balik semua Nomad-nya pada 1990-an. Dilaporkan juga Kerajaan Australia telah memberi pampasan kepada Hughes Aircraft Company di AS sejumlah AS$4 juta untuk 17 Nomad yang dibelinya selepas menuduh pengeluar (GAF) menipu dan menyenaraikan lapan kecacatan pesawat dalam samannya, termasuk masalah keretakan pada ekor pesawat.

“Sejak itu terdapat banyak nahas membabitkan Nomad sehingga mendapat gelaran sebagai ‘pembuat janda’. Pada 1985, Kerajaan Australia menghentikan semua pengeluaran Nomad dan sejak itu telah menjenamakan semula GAF sebagai Boeing Australia. Bagaimanapun, kesannya sudah berlaku dan ramai yang menderita akibatnya,” katanya.

Harris juga berkata dakwaan Australia bahawa Fuad memecat juruterbang Nomad yang paling layak adalah tidak benar dan direka semata-mata.

“Tidak diketahui dari mana pasukan Penyiasatan Australia mendapat idea sedemikian. Saya mengenali Fuad sejak 1960. Beliau ketika itu merupakan Ahli Eksekutif (Menteri) dan Penasihat Perundangan dalam Kerajaan Borneo Utara British. Saya ketika itu seorang Kerani Peguam Perundangan. Fuad seorang yang baik hati dan tidak akan membalas dendam terhadap sesiapa, apa lagi juruterbang.

“Kerajaan Berjaya di bawah Fuad baru berusia 50 hari apabila ia mengambil alih kerajaan yang telah disalah urus dengan hanya RM2 juta dalam akaun Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, memandangkan masa yang singkat, Fuad menumpukan perhatian untuk menyusun semula Sabah. Tiada yang lain. Sabah Air wujud di bawah kerajaan terdahulu dan Fuad membenarkannya diteruskan seperti sedia ada. Sabah Air tidak pernah menjadi keutamaan pada masa itu.

“Saya amat mengenali Fuad kerana saya adalah Timbalannya di peringkat Kerajaan dan parti. Beliau sentiasa meminta pendapat saya, terutamanya mengenai hal-hal penting negeri yang perlu dibawa ke kabinet. Dakwaan beliau memecat juruterbang paling layak adalah tidak benar dan sama seperti menghina nama baik Allahyarham Fuad,” katanya.

Laporan Australia mencadangkan bahawa Fuad mungkin secara tidak sengaja menyumbang kepada tragedi itu dengan memecat juruterbang Nomad yang paling berpengalaman, enam minggu lebih awal (sebelum nahas).

Penggantinya iaitu Kapten Ghandi Nathan, yang menerbangkan pesawat malang itu pada petang itu, dianggap tidak mampu mengendalikan pesawat berbilang enjin dengan selamat, menurut pasukan penyiasat GAF.

Ia juga mengatakan bahawa cara Sabah Air beroperasi pada masa itu, “kemalangan pasti akan berlaku lambat laun” serta “beroperasi secara haram” kerana Manual Operasinya walaupun diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAD) seperti sepatutnya, tidak diluluskan seperti diperlukan.

“Keluarga dan rakyat Sabah secara amnya menjangkakan laporan itu secara khusus menyatakan punca nahas. Laporan Malaysia mahupun Australia tidak menyatakan secara khusus punca nahas itu.

“Namun begitu, Laporan Malaysia lebih profesional dan mengikut Konvensyen Kemalangan Pesawat Chicago. Laporan Australia itu mengandungi sindiran dan bukti ‘khabar angin’ yang tersirat.”

Beliau berkata rakyat Sabah dan keluarga mangsa menerima hakikat bahawa kemalangan, termasuk nahas kapal terbang memang berlaku, tetapi apa yang rakyat Sabah dan keluarga yang telah menderita sejak 40 tahun lalu ingin tahu adalah, kenapa Kerajaan Malaysia dan Australia tidak mengeluarkan laporan lengkap tidak lama selepas itu.

The Daily Express’ award winning team of journalists presents ‘Double Six: The Untold Stories’, a documentary on the plane crash in Sabah (East Malaysia) killing the newly-elected Chief Minister of Sabah Tun Mohd Fuad Stephens, four state ministers and six others on June 6th, 1976. After 46 years the findings of the crash also known to many as The Double Six Tragedy have not been disclosed. Note: This series unravels information not previously available to the public, but does not in any way attribute blame for the crash on any party.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.