
Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh berkata selama 59 tahun ditadbir oleh gabungan parti berasaskan kaum dan agama hanya menyebabkan perpecahan agama dan kaum semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.
Harris yang mengetuai parti berbilang kaum Sabah, Berjaya untuk meraih kemenangan pada 1976 berkata masanya mungkin tepat untuk mempertimbangkan parti berasaskan berbilang kaum sebagai tulang belakang kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Beliau berkata, lagipun Malaysia sepatutnya sebuah negara berbilang kaum dan menjadi matlamat setiap pemimpin dan setiap rakyat Malaysia untuk dikenali sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu berbanding sebagai Melayu, Cina, India, Dayak atau Kadazan.
