Hasan penuhi hasrat jayakan ekspedisi solo ke Kalimantan

6 Oct 2022 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENGALAMAN bermalam dan tidur di masjid atau surau adalah perkara biasa buat Hasan Ibrahim, 53, yang berjaya menamatkan ekspedisi Solo Rider Jelajah Borneo - Kalimantan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 selama 10 hari dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi 650 MT.

Ekpedisi Solo Rider bermula 31 Ogos hingga 9 September lalu bertempat di tapak Pasar Malam Inanam Point dekat Kota Kinabalu sehingga ke Sempadan Kalimantan, Indonesia melalui Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak dengan jarak ditempuh sejauh 2568.2 kilometer.

Hasan yang juga seorang guru berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Tohog Pulau Banggi, Kudat berkata, beliau melakukan Jelajah Borneo - Kalimantan secara solo dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi 650 MT pada tahun ini sebagai memenuhi hasratnya yang tertunda sejak dua tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19 melanda seluruh negara. Hasan

“Suka saya menyatakan kenapa saya melakukan aktiviti lasak ini kerana saya ingin menunjukkan kepada masyarakat khususnya guru-guru di negeri ini sebagai motivasi supaya mereka menanam semangat yang tinggi dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu sehingga mencapai kejayaan.

“Ini juga bertujuan untuk tatapan generasi akan datang terutamanya untuk anak cucu saya dan pengalaman saya ini akan menjadi kenangan buat mereka nanti,” katanya semasa dihubungi pemberita baru-baru ini.

Menurut Hasan, antara daerah yang di lalui selain daerah-daerah di Sabah, daerah- daerah di Sarawak seperti Miri, Betong, Bandar Kuching, Serian, Bau, Sibu, Bintulu dan Lawas.

“Sepanjang perjalanan selama sepuluh hari itu kebanyakan tempat saya menginap dan berteduh iaitu di masjid-masjid dan surau di mana saya berhenti untuk solat dan bermalam.

KERATAN akhbar yang melaporkan kejayaan Hasan.

“Ada juga penduduk yang baik hati seperti Iskandar dari Serian, Sarawak menemani saya menikmati makanan tradisi Sarawak, Mee Kolok yang viral di media sosial dan bersembang, juga ada penduduk yang murah hati mempelawa untuk bermalam di rumahnya dan meneruskan perjalanan pada keesokkan harinya,” katanya.

Seterusnya, pada hari kelima (4 September) Hasan hanya dapat memasuki sempadan Kalimantan, Indonesia iaitu Kampung Biawak kerana untuk tembus ke negara itu mestilah mempunyai syarat-syarat tertentu diperlukan menurut penguatkuasa imigresen yang bertugas di sana.

“Saya sempat masuk ke sempadan Sarawak - Indonesia Entikong dan bergambar di sana dan bertanya kepada petugas imigresen di situ syarat-syarat untuk memasuki Indonesia,” katanya.

Beliau turut menceritakan beberapa pengalaman sepanjang ekspedisi solo rider antaranya ketika melalui Negara Brunei.

Katanya, pada hari ke lapan (7 September) memasuki negara Brunei dengan keadaan hujan lebat dan tangan sakit, penat dan sejuk. Atas belas ihsan stesen minyak Brunei mereka hanya dapat menjual minyak sebanyak tiga dollar Brunei untuk membolehkan saya keluar dari Brunei melalui Jambatan Temburong Brunei merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dengan jarak 32 kilometer.

“Saya berasa bangga kerana saya menjadi guru pertama dari Sabah yang melintasi jambatan tersebut menggunakan motosikal 650 MT dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan lebat dan keletihan,” ujarnya yang sangat berpuashati kerana impiannya untuk melakukan solo rider jarak jauh itu tercapai.

Genap sepuluh hari, pada 9 September 2022, Hasan berjaya menamatkan Ekspedisi Solo Rider Jelajah Borneo - Kalimantan dan kembali ke tapak Pasar Malam Inanam Point disambut meriah oleh ahli keluarga dan rakan-rakan beliau.

Sebelum ini Hasan juga pernah mencipta beberapa kejayaan aktiviti seumpamanya seperti pada Disember 2011, beliau berjalan kaki sejauh 555 kilometer secara solo dari Tawau ke Kota Kinabalu selama 16 hari.

Manakala 2013, Hasan bersama tiga orang rakannya telah melakukan misi berjalan kaki dari Kuching, Sarawak hingga ke Kota Kinabalu, Sabah namun Hasan terpaksa berhenti hingga ke Serian sahaja kerana kakinya terseliuh semasa dalam perjalanan pada masa itu.

“Seorang doktor yang saya temui di Sri Aman memberi nasihat kepada saya supaya tidak meneruskan perjalanan kerana takut komplikasi urat kaki akan lebih serius,” katanya dengan sedikit kecewa pada ketika itu. Kini kekecewaan itu ditebus kembali dengan ekspedisi Solo Rider Jelajah Borneo - Kalimantan 2022, beliau berjaya hingga ke garisan penamat seperti yang dirancang.

View Original Article