Hasil air tangan, Bella Astillah jual kuih raya sepanjang bulan Ramadan

13 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Bella Astillah jual kuih raya sebagai bisnesnya sepanjang bulan Ramadan tahun ini atas sebab minat yang mendalam untuk membuat kuih.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata dia akan menjual kuih yang merupakan hasil turun temurun keluarganya.

“Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya. Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

“Antara jenis kuih yang saya buat adalah red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di Semenanjung,” katanya.

Bella Astillah jual kuih raya

image is not available

Tambah pelakon berusia 32 tahun, walaupun sibuk menjual kuih raya namun kerjayanya sebagai anak seni tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

“Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak.

“Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya,” ujarnya.

Sementara itu, Bella juga menyatakan dia merancang untuk merakam semula lagu Diari Ramadan Rafique memandangkan versi lama dirakam ketika usianya 12 tahun.

Kerana minat, Bella Astillah jual kuih raya

image is not available

“Lagu itu sudah lama tetapi setiap kali bulan puasa mesti ada yang baru tahu bahawa sayalah penyanyinya sedangkan hampir setiap tahun viral.

“Saya merakam lagu itu ketika berusia 12 tahun. Jika ada kesempatan dan rezeki mungkin saya akan rekod semua lagu tersebut,” katanya.

Sekadar info, nama Bella menjadi bualan hangat selepas tular laporan suaminya, Aliff Aziz ditangkap atas dakwaan khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Sumber: Kosmo! (Nur Emira Saizali)