Hasil Lawatan Kerja PM Ke UAE, Malaysia Bakal Terima Pelaburan Jangka Panjang

LocalPolitics
14 Jan 2025 • 11:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke syarikat-syarikat gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), bertujuan untuk merapatkan hubungan dua hala, selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, beliau menyatakan bahawa pelaburan jangka panjang dijangka dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga susulan lawatan kerja beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malaysia Bakal Terima Pelaburan Jangka Panjang

image is not available

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan pertemuan dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) diketuai oleh Pengarah Urusan, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan.

“Kami senada untuk terus meningkatkan kerjasama pelaburan dan kecemerlangan yang dicapai semasa lawatan saya terdahulu,” tulisnya pada Isnin sempena lawatan kerja tiga hari ke UAE.

image is not available

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Malah, turut diadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Khaldoon Khalifa Al Mubarak bagi membincangkan pelaburan baharu dan sedia ada.

“Isu terkait pelaburan projek-projek tenaga boleh diperbaharui antara dibincangkan sewaktu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi.

Insya-Allah, kita mengharapkan momentum positif pelaburan hasil pertemuan ini akan terus meningkat yang disokong oleh keyakinan dan komitmen pemain industri dan syarikat-syarikat gergasi UAE”, ujarnya.

image is not available

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Lawatan tersebut adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW).

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim