Hasil main trading, Ariff Bahran berjaya miliki kereta mewah Porsche!

Cars
4 Jul 2024 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ariff Bahran berjaya

Penyanyi Ariff Bahran berjaya miliki sebuah kereta mewah jenama Porsche hasil daripada terlibat dalam aktiviti trading atau pelaburan mata wang asing.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang berusia 26 tahun itu di laman TikToknya, dia luah rasa syukur dengan pencapaian tersebut selepas lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan idaman.

Ariff Bahran berjaya

“Alhamdulilah, selepas bertahun-tahun terlibat aktiviti pelaburan mata wang asing, akhirnya menjadi pemilik Porsche,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Ariff atau nama lengkapnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari memberitahu segala usaha yang dilakukan adalah demi keluarga yang tidak pernah berhenti menyokong kerjayanya selama ini.

Ariff Bahran berjaya image is not available

image is not available

“Sama-sama dapatkan dan berbelanja bersama. Setahun lagi, satu lagi impian menjadi kenyataan. Ini untuk kami dan keluarga.

“Ini juga untuk mereka yang menghinaku dahulu. Terima kasih tanpa korang tak akan ada di sini,” katanya.

Ada netizen tak percaya

Menjengah ke ruangan komen, kejayaan penyanyi tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen malah ada segelintir individu yang tidak percaya kereta mewah tersebut dimiliki Ariff.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen ucap tahniah!

Dalam pada itu, ada individu menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian Ariff dan berharap segala urusannya dipermudahkan kelak.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Ariff Bahran